SELAMAT DATANG KE KB MAJU JAYA

Sunday, September 6, 2009

Pengumuman Terkini

Assalamualaikum,...
Dikesempatan ini kami di KB MAJU JAYA ingin memohon kemaafkan dari anda semua kerana kami sudah lame tak update blog kami nie,..
Sy sebenarnya dah berhenti kerja kat KL sebab nak fokuskan 100% pada projek ternak keli nie,..
So skarang nie sy dah dok kat kg ler,sbb tu lame x update blog nie,..
Kejer pun banyak skit sbb nak setup kolam baru tambah,...
Heeheee,..
Pepe pun,mekasih banyak2 coz sudi kunjungi blog kami,TQ very much,...
Di sini juga,sy ada sedikit pengumuman yang ingin di beritahu,...
Untuk memenuhi & menghormati permintaan saudara Johnnie,pihak kami tidak akan berkongsi apa-apa lagi maklumat mengenai ternakan keli kaedah B1 kami dlm blog inie,..
Nanti klau kami terus menulis, dan menulis owang kate kami tipu plak,...
Lebih baek rasenye klau sape-sape yang nak tahu perkembangan ternakan kaedah B1 yang telah kami buat agar datang sendiri ke kolam ternakan kami yg beralamat KB MAJU JAYA, Lot 4575 Banggol Pak Man, Kampung Kebor Besar, Manir 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. No Tel : 013-9913693 @ 0139262532 ,..
Di sana nanti anda semua tengok & nilai sendiri adakah OK atau KO,..
Klau rase KO jgn cuba kaedah nie,keputusan terletak di tangan anda,tiada paksaan,...
Tp klau bleh,sebelum datang tu,tepon dulu tanya ada owg ke tak kat ladang,klau takde owg nanti kesian plak dtg jauh2,... Hehehe,...
Kate owg cakap banyak x guna,.. Huuhuhhu
Untuk pengetahuan anda semua,sebelum nie kami mengalami kegagalan sebanyak 3 kali dalam mencuba ternakan kaedah B1 nie,..
Alhamdulillah,berkat kesabaran & sifat tidah putus asa,percubaan kami yg ke-4 nie ok skit,bleh gak harvest buat pertama kali walaupun tempoh masa agak panjang iaitu 4 bulan lebih,...
Kegagalan pertama kami adalah kerana kami tersilap beli anak yang kecil iaitu 1.5 - 2 inci,Untuk kaedah B1 nie yang yg 3 inci dan keatas adalah sesuai,klau boleh dapat yg 3.5 - 4 inci dan ke atas lg baik,..
Kegagalan kedua kami adalah kerana kami meletakkan anak keli terlalu ramai dlm kolam kami iaitu purata antara 4000 hingga 4500 ekor dlm kolam kanvas bersaiz 15 X 4 X 3 kaki,Ramai giler tu,.. Klau saya pun rimas + kebulur dok ramai2 dlm tu,... He3,...
Dua bulan selepas itu baru kami pindah 3000 ekor anak ikan tu ke dalam kolam baru kami yang lebih besar iaitu 15 X 8 X 3 kaki,...
Kegagalan ketiga kami adalah kerana kami tidak mengasuh anak keli kami terlebih dahulu dari segi pemakanannya,...
Ini kerana anak benih keli dari kecil lagi sudah diajar makan pellet,so bila kt terus buat kaedah B1 nie,anak keli nie td akan mengalami kejutan perubahan pemakanan secara drastik,..
So kita kene asuh secara perlahan2 agar anak keli inie dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pemakanan secara semulajadi ini,..
Mcm kita jugak, dah dr kocik makan nasi sampai skarang,tetiba jer diberi makan sayur dgn roti jer hari-hari,ape kita rase agak2 nyer,...
Fikir-fikir kan lah,...
Atas sebab itulah sekarang nie baru lah kami boleh harvest melalui kaedah B1 nie pada percubaan yang ke-4,...
Bak kate owng tua-tua,GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL BUAT SELAMA-LAMANYA, USAHA TANGGA KEJAYAAN,..
Nama dah pun USAHAWAN,..
Sapa-sapa yang ingin merasai isi ikan keli organik nie bolehlah datang ke lokasi kami,..
Kami jual Harga Runcit RM5.00 sekilo,...
1 kg dalam lingkungan 6-8 ekor,..
Kami berharap agar anda semua tidak mengulangi kesilapan kami,..
Terpulang kepada anda semua untuk menilainya & membuat keputusan,...
KAMI TAK PAKSA SESIAPA
Kami hanya berkongsi apa yang telah kami lalui melalui ternakan Kaedah B1 nie,..
Seperti anda semua sedia maklum,kami juga menggunakan produk B1 ini seperti anda sehingga kini,..
Kami tidak kata produk ini adalah yang terbaik,bagus dan sewaktu dengannya,kami just beritahu melalui pengalaman kami sendiri,...
Kami tidak mempertahankan sesiapa,..
Kami tidak pernah memberi jaminan kpd pengguna kaedah ini yang membeli B1 dari kami bahawa ternakan boleh harvest dlm tempoh mase tertentu,Kami sendiri pun target 4 hingga 5 bulan boleh harvest,...
Kami just usaha & Tawakkal kepada ALLAH sahaja,..
Klau nak cepat harvest,bg makan pellet ler 3 kali sehari,...
Tp laen padang laen belalang kn,..
Wahhh!!! Berperibahasa lah plak,... He3,..
Kami berharap sangat2 agar saudara Johnnie jangan sekali-kali ternak kaedah ini,..
Guna jer kaedah pemakanan pellet,senang crite,..
Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman kami di blog ini,Sekiranya ada apa2 pertanyaan,datanglah ke lokasi kami,..
InsyaALLAH kami akan beritahu segala pengalaman yang kami perolehi sepanjang menternak kaedah organik B1 ini,...
Kami memohon berjuta-juta kemaafan sekiranya artikel ini menyinggung perasaan anda semua,...
Kami doakan anda semua menjadi seorang usahawan islam yg berjaya,...
InsyaALLAH,...
Assalamualaikum,..

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA"

Monday, July 20, 2009

Israk Dan Mikraj

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Friday, July 10, 2009

Ganjaran RM10,000 Tangkap Ikan Arapaima Di Tasik Kenyir

SETIU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

"Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

"Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

-- BERNAMA

Monday, June 22, 2009

Ikan air tawar jadi menu wajib



NOH menyauk ikan keli dalam kolam sebagai gimik Pelancaran Promosi Ikan Air Tawar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kabinet bersetuju untuk mewajibkan menu ikan air tawar ke atas semua tender baru kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi dan agensi milik kerajaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, syarat berkenaan ditetapkan dalam usaha kerajaan memperluaskan pasaran ikan air tawar keluaran tempatan.

“Ikan air tawar lebih segar berbanding ikan laut yang kebanyakannya kita import yang saya lihat berminggu-minggu tersadai sebelum masuk pasaran kita, jadi tak segar lagi.

“Matlamat kita yang lain ialah untuk mempopularkan ikan air tawar kepada generasi muda yang selama ini lebih terdedah dengan ikan laut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar Peringkat Kebangsaan 2009 di Tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.

Noh berkata, dasar tersebut dilaksanakan dengan mensyaratkan bekalan ikan jenis itu dari sumber tempatan dengan tiga jenis ikan yang dicadangkan iaitu tilapia, keli dan patin dalam bentuk ikan segar, disiang atau filet.


* Sumber Dari Kosmo

Borang Pertanyaan