Cara hidup ikan keli
1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.
2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.
3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.
4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.
No comments:
Post a Comment