Hubungi Kami :-
Hamzah : 013-9913693
Iskandar : 013-9262532
Ab. Rahman : 019-9972719
Email : kbmajujaya@gmail.com
KB MAJU JAYA (001833814-M)
Lot 4575 Banggol Pak Man,
Kampung Kebor Besor, Manir
21200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Hubungi Kami :-
Hamzah : 013-9913693
Iskandar : 013-9262532
Ab. Rahman : 019-9972719
Email : kbmajujaya@gmail.com
KB MAJU JAYA (001833814-M)
Lot 4575 Banggol Pak Man,
Kampung Kebor Besor, Manir
21200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Inilah Hormon Ovaprim yang telah saya gunakan ketika proses pembenihan ikan keli secara aruhan. Hormon ini dipakejkan dalam botol bersaiz kecil dan boleh digunakan sekurang-kurangnya sebanyak 10 hingga 12 kali bergantung kepada cara penggunaan individu. jikalau pembaziran hormone diminimakan terutamanya ketika melakukan kaedah penyuntikan, maka penggunaanya hormon bolehlah dimaksimakan. Pembaziran seharusnya dielakkan kerana harga pasaran hormon ini adalah agak mahal, iaitu lebih kurang rm90 sebotol.
Label pada botol Ovaprim ini ada menyatakan bahawa jumlah penggunakan hormon adalah sebanyak 0.5ml per kilogram berat badan ikan keli. Jadi cara pengiraan jumlah hormon adalah seperti berikut,
Berat Badan ikan (dalam unit Kilogram) x 0.5ml
Contohnya,
Jika Berat ikan 1kg x 0.5ml = 0.5ml
Jika Berat ikan 600g, ditukarkan kepada unit kg = 0.6kg x 0.5ml = 0.3ml
Cara pengiraan ini adalah digunakan untuk kedua-dua ikan jantan dan betina.
Seterusnya, saya menggunakan jarum suntikan 1ml untuk proses penyuntikan.
Cara mengeluarkan hormone dari botol
Cara suntikan ikan keli
Ovaprim contains sGnRHa and Domperidone (Dopamine inhibitor). It is packaged in a bottle and is available as a sterile liquid form that works with natural spawning of fish and is usually used during the start of the spawning season. The application is by injection and would ensure milt production increases and final maturation of ova completed without any adverse effects.
Cara hidup ikan keli
1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.
2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.
3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.
4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.
Induk
Penyediaan induk yang baik bergantung kepada pengetahuan tentang ciri-ciri yang terdapat pada setiap induk jantan dan betina. Induk yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut;
1. Induk betina
- Kepala lebih kecil, mulut membulat, perut lebar, berbentuk tubuh yang mantap
dan tidak cacat .
- Beratnya mencapai 150-250 gram apabila berumur melebihi satu tahun.
- Induk bukan dari jenis yang sama.
- Induk memiliki tindak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.
2. Induk jantan
- Bentuk tubuh yang mantap, mulut membulat, berwarna cerah dan tidak
cacat.
- Pada umur minima satu tahun boleh mencapai berat diantara 150-250gram.
- Induk bukan dari jenis yang sama.
- Induk memiliki tidak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan
cepat sembuh.
Jenis tanah yang sesuai adalah faktor penting dalam pembinaan kolam tanah.
Antaranya
1) Kesesuaian tanah
- Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.
2) Sumber air
- Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Air sungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber air bawah tanah sekurang² perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra' dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuai merupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah.
- Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyak bagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokongan seperti blowerpaddle wheel bagi mengatasi masalah ini.
Sistem aliran air menggunakan tekanan graviti ke dalam kolam dari anak sungai
1) Rekabentuk kolam
- Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan, ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenai perkara ini.
- Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utama semasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak.
- Rekabentuk dasar sebuah kolam memainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan.
- Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perlu disediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaian hasil ternakan.
2) Lokasi
- Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitu lokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuai bagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjir seperti tanah rendah dan tepi sungai. Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sekarang memburukkan lagi keadaan.
- Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam serta keluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi. Tidak semuanya tanah sesuai untuk dibina kolam contoh, sekiranya terdapat tanah yang sesuai untuk pembinaan kolam namun sumber air terhad adalah halangan utama.
3) Kemudahan asas
- Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan
kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.
Noh Tegur Peminjam Tekun Yang Liat Bayar Pinjaman
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar hari ini menegur sikap sebilangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) yang liat membayar balik pinjaman sehingga menjejaskan kelancaran tabung itu menyalurkan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan.
Justeru beliau berharap mereka dapat membayar balik pinjaman setakat yang termampu terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan peluang bakal peminjam lain.
Noh berkata peminjam yang bermasalah membayar balik pinjaman hendaklah berjumpa pegawai para pegawai Tekun dan Agro Bank untuk membincangkan jumlah pinjaman yang mampu dibayar supaya penjadualan semula bayaran dapat dibuat.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Keusahawan: Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Modal di sini hari ini, Noh berkata kegagalan membayar pinjaman menyebabkan timbulnya rungutan Tekun lambat meluluskan pinjaman.
"Kalau semua peminjam ada semangat demikian (bayar pinjaman), maka tidak timbul lagi rungutan itu kerana perkara ini berlaku akibat jangkaan kutipan hutang dengan jangkaan duit yang kita nak bayar itu tak tercapai.
"Sebagai contoh kalau kutipan RM30 juta sebulan, tapi hanya dapat RM10 juta bermakna kita kekurangan RM20 juta utuk membuat pusingan pinjaman kepada peminjam baru," katanya.
Bagi peminjam yang membayar mengikut jadual pula, peminjam berkenaan akan diberi rebat dan diberi peluang untuk membuat pinjaman kedua, kata Noh.
"Jika dia patut habis (bayar) dalam tempoh tiga tahun, tapi dalam tempoh dua tahun dia bayar bagus, dia boleh pinjam untuk tambah lagi pinjaman dia. Ini satu galakan kepada peminjam untuk membayar hutang," katanya.
Sementara itu, Noh berkata kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk Agro Bank dan peruntukan tambahan RM50 juta untuk Tekun bagi tujuan pinjaman.
Menurut Noh, kedua-dua agensi ini bersama Persatuan Peladang Kawasan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) perlu menubuhkan satu jawatankuasa supaya agihan pinjaman dapat diberikan dengan lebih tersusun.
"Saya telah minta keutamaan diberikan dalam bentuk mentor mentee, dalam sistem rakan niaga ataupun ataupun melalui "anchor" tertentu dan juga dalam bentuk kontrak perladangan," katanya.
-- BERNAMA
___________________________________________________________________
Penemuan Baru Lindungi Spesis Ikan Air Tawar
JELEBU, 16 April (Bernama) -- Dua saintis dari Jabatan Perikanan Malaysia berjaya membuat penemuan baru bagi menyelamatkan dua spesis ikan air tawar tempatan yang kini hampir pupus.
Zulkafli Abd Rashid dan Chew Poh Chiang, yang membuat kajian ke atas ikan Kelah dan Temoleh, berjaya menemui proses untuk membiak benih kedua-dua ikan itu di dalam makmal dan juga cara menyimpan benih selama ratusan tahun dalam balang khas untuk kegunaan di masa depan.
"Penemuan ini merupakan satu cara untuk memastikan ikan-ikan yang dahulunya banyak dan dimakan setiap hari oleh nenek moyang rakyat negara ini, terus kekal sehingga ke generasi akan datang.
"Sekarang harganya (Temoleh) sangat mahal. Kalau pupus, anak cucu kita tidak dapat menikmati ikan ini lagi," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abd Karim kepada pemberita selepas merasmikan Bank Gene di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glemi Lemi di sini hari ini.
Melalui bank ini, benih-benih ikan dapat disimpan untuk memastikan keturunan ikan tidak terhapus. Zulkafli berkata kajian mereka mengenai teknik simpanan benih ikan sudah bermula sejak 2007.
"Untuk simpanan generasi akan datang, kita simpan benih ikan yang terancam dalam balang cyro di bawah suhu beku. Kita juga buat kajian untuk menghasilkan benih-benih ikan terancam ini melalui pengambilan sperma dari ikan jantan," katanya.
Menerusi bank simpanan benih ikan itu, pihaknya merancang untuk menghasilkan 10,000 benih ikan Kelah dan Temoleh setahun sebelum dibela menjadi ikan, katanya.
-- BERNAMA
__________________________________________________________________
Fama Wujudkan Pasar Tani Kekal Di Setiap Negeri
SEREMBAN, 5 Mei (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah pasar tani kekal di setiap negeri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Pengarah Kanan Fama (Pembangunan Usahawan) Abd Wahid Mat Radzi berkata pasar tani kekal ini adalah dalam bentuk bangunan bagi membolehkan peserta pasar tani berniaga pada setiap hari.
"Pada masa sekarang, kita telah mempunyai tiga pasar tani kekal iaitu di Jerantut, Pahang dan Bukit Gambir, Muar, yang telah siap dibina pada tahun lepas dan Yan, Gua Cempedak, Kedah yang dibuka 1 April lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pengerusi dan anggota jawatankuasa pasar tani Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Katanya di antara negeri yang telah pun mempunyai tapak pasar tani kekal ialah di Seremban, Negeri Sembilan; Jalan Datuk Halimah, Johor Baharu dan Saujana Utama, Shah Alam.
Fama sedang meneliti negeri-negeri lain dan berharap untuk mendapatkan tapak yang sesuai untuk dijadikan pasar tani kekal.
Katanya peserta pasar tani kekal ini terdiri daripada mereka yang berkebolehan dan berkemampuan yang tinggi serta mempunyai modal yang mencukupi bagi membolehkan mereka berniaga pada setiap hari.
Abd Wahid berkata sehingga kini terdapat 332 buah pasar tani di seluruh negara dengan 15,000 peserta termasuk 1,270 peserta di kalangan mahasiswa.
"Di sini kita lihat, kita telah memberi satu peluang pekerjaan kepada graduan kita yang melihat bahawa bidang perniagaan ini sebagai satu sumber pendapatan. Kita harap lebih ramai lagi graduan kita akan turut sama menyertai program ini (menjadi peserta pasar tani).
"Sebab itu dalam program kita, kita juga memanggil graduan ini untuk mengikuti kursus untuk merebut peluang pemasaran atau sama ada hendak berniaga atau pun hendak membuat aktiviti perniagaan lain. Fama akan memberi tumpuan kepada graduan yang berminat dalam bidang perniagaan ini," katanya.
Sementara itu, beliau juga berkata pada masa ini Fama mempunyai tiga pasar tani borong iaitu di Selayang yang melibatkan 53 orang peserta, di Puchong (41 orang peserta) dan di Yan, Gua Cempedak, Kedah (23 orang peserta).
-- BERNAMA
Blue Lotus Hatchery | ||
Klik pd skrin utk bg mkan ikan kami
|