SELAMAT DATANG KE KB MAJU JAYA

Friday, May 29, 2009

Lebih RM300 Juta Untuk Pelbagai Projek Akuakultur

TEMERLOH, 19 Mei (Bernama) -- Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan RM373.5 juta bagi melaksanakan pelbagai projek berkaitan industri akuakultur di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata peruntukan itu meliputi projek pemulihan dan pembenihan ikan air tawar, bantuan baikpulih kolam dan sangkar serta pembayaran insentif kepada penternak untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan ikan.

"Peruntukan itu adalah bagi tempoh tiga tahun, bermula tahun lepas (2008) sehingga tahun depan (2010)," katanya kepada pemberita selepas melawat projek ikan air tawar di Kampung Cempaka, Lanchang, dekat sini, hari ini.

Ahamad Sabki berkata menerusi bantuan insentif kepada penternak, ia diharap dapat mengurangkan beban mereka dalam menghadapi krisis ekonomi global ketika ini yang turut menyebabkan kenaikan harga makanan ikan.

"Daripada jumlah itu (RM373.5 juta), sebanyak RM32.5 juta diperuntukkan sebagai bayaran insentif kepada penternak dengan kadar dibayar 57 sen setiap sekilogram bagi ikan air tawar dan RM1.60 sekilogram bagi ikan air payau," katanya.

Ahamad Sabki berkata penternak boleh membuat tuntutan insentif itu di pejabat Jabatan Perikanan dengan mengemukakan resit pembelian makanan ikan.

-- BERNAMA


* Persoalannya disini,adakah kita (penternak2 kecil) berkesempatan untuk mendapat sedikit dr peruntukan yg kerajaan telah sediakan??? Fikir-fikirkan lahhhhh,...

No comments:

Post a Comment

Borang Pertanyaan