SELAMAT DATANG KE KB MAJU JAYA

Monday, June 22, 2009

Ikan air tawar jadi menu wajib



NOH menyauk ikan keli dalam kolam sebagai gimik Pelancaran Promosi Ikan Air Tawar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kabinet bersetuju untuk mewajibkan menu ikan air tawar ke atas semua tender baru kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi dan agensi milik kerajaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, syarat berkenaan ditetapkan dalam usaha kerajaan memperluaskan pasaran ikan air tawar keluaran tempatan.

“Ikan air tawar lebih segar berbanding ikan laut yang kebanyakannya kita import yang saya lihat berminggu-minggu tersadai sebelum masuk pasaran kita, jadi tak segar lagi.

“Matlamat kita yang lain ialah untuk mempopularkan ikan air tawar kepada generasi muda yang selama ini lebih terdedah dengan ikan laut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar Peringkat Kebangsaan 2009 di Tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.

Noh berkata, dasar tersebut dilaksanakan dengan mensyaratkan bekalan ikan jenis itu dari sumber tempatan dengan tiga jenis ikan yang dicadangkan iaitu tilapia, keli dan patin dalam bentuk ikan segar, disiang atau filet.


* Sumber Dari Kosmo

1 comment:

  1. Buat sesiapa yang inginkan stok Ikan Keli Segar / Disiang / Beku dan sebagainya, silalah hubungi Cik AJ di 010-545 7877.

    Selain Ikan Keli, terdapat juga stok makanan laut yang pelbagai.

    Silalah berhubung dengan Cik AJ untuk sebarang pertanyaan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Borang Pertanyaan